MAJLIS PENYERAHAN KURMA KURNIA PERIBADI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA BULAN RAMADHAN 1445H / 2024M
Bandar Seri Begawan – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) petang tadi telah mengadakan Majlis Penyerahan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadhan 1445H / 2024M bertempat di Bilik VIP, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Majlis Penyerahan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kepada Ketua-Ketua Jabatan/Bahagian untuk diserahkan pengagihannya kepada setiap pegawai dan kakitangan masing-masing di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.
/TAMAT
Dikeluarkan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
06hb. Mac 2024M
