Visi | Vision
Ke arah merealisasikan Visi dan Misi Kementerian dalam meningkatkan pertumbuhan keluaran industri sumber sumber utama dan pelancongan, serta sumbangannya kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Misi | Mision
Memastikan keberkesanan perlaksanaan dasar, program, inisiatif dan projek ke arah mencapai sasaran dan trajektori yang telah dikenalpasti dalam Perancangan Strategik KSSUP melalui pemantauan yang sistematik dan berkesan
Fungsi dan Peranan | Function and Role
1. Memastikan pemantauan terhadap Pelan Strategik Kementerian Sumber Sumber Utama dan Pelancongan dilaksanakan secara konsisten, sistematik dan efisien agar sasaran dan trajektori yang telah dikenalpasti akan dapat dicapai mengikut jangka masa yang ditetapkan.
2. Memastikan program, inisiatif atau projek, termasuk projek projek RKN, berjalan seperti yang dirancang bagi mendokong usaha ke arah meningkatkan keluaran dan produktiviti sektor sumber sumber utama (pertanian dan agrimakanan, perikanan dan perhutanan) dan sektor pelancongan, dan seterusnya mengenalpasti isu isu dan mengusulkan cadangan pembaikan dan penyelesaiannya.
3. Memastikan dasar, prosedur dan garispanduan yang digunapakai oleh Jabatan Jabatan yang berkenaan di bawah Kementerian adalah diteliti dan dikemaskini dari masa ke masa agar ianya selaras dengan hala tuju pelan strategik Kementerian, dan juga lain lain rangka kerja strategik, pelan induk dan peta jalan yang berkaitan bagi mendokong usaha ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 misalnya Petajalan Industri Makanan, Petajalan Industri Pelancongan, Pelan Induk Ekonomi Digital dan sebagainya, melalui pendekatan “whole of nation”.
4. Memastikan maklumat maklumat berkaitan dengan kerjasama dua hala dan berbagai hala yang melibatkan sektor sumber sumber utama dan sektor pelancongan dipantau dan dikemaskini dari masa ke masa.
5. Memastikan maklumat maklumat perangkaan berkaitan dengan pencapaian keluaran dan produktiviti, eksport, peluang pekerjaan dan lain lain, sentiasa dikemaskini secara konsisten dan sistematik.
