ISTIADAT MENGADAP DAN MENGURNIAKAN BINTANG-BINTANG KEBESARAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80 TAHUN

๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ซ๐ซ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ– | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Pengurniaan Darjah Seri Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (SPMB), telah dikurniakan kepada Datin Seri Paduka Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Timbalan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri.ย