MAJLIS PENYAMPAIAN PENGURNIAAN PINGAT KERJA LAMA (P.K.L) SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 79 TAHUN BAGI TAHUN 2025
26 Mei 2026M
Bandar Seri Begawan – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada petang tadi telah mengadakan Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kerja Lama (P.K.L.) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 Tahun bagi Tahun 2025M bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Penyampaian Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada seramai 58 orang warga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Pengurniaan pingat berkenaan adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada warga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan dan ianya juga sebagai penyuntik semangat kepada warga Kementerian untuk meningkatkan lagi prestasi kerja serta terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang.
Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, KetuaKetua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.
