MAJLIS IBADAH KORBAN BAGI KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN SERTA JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA BAGI TAHUN 1447/2026

30 Mei 2026M

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan- Jabatan di bawahnya petang tadi telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 1447H/2026M bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Majlis pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan; para pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan laungan takbir hari raya secara beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Zukrina bin Haji Daimun, Penolong Pegawai Perhutanan Tingkat II dari Jabatan Perhutanan. Majlis ini juga diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta penterjemahannya (Disampaikan oleh penuntut-penuntut dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah) dan seterusnya ceramah khas sempena ibadah korban bertajuk “Ibadah Korban sebagai Asas Kepimpinan dan Perancangan Strategik” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Muhammad Safwan bin Hj Sufian, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama dari Pusat Da’wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).