PROGRAM PENINGKATAN KESEDARAN MENGENAI HALAL(PPKMH)

25 Julai 2026

Unit Pembangunan Kapabiliti dibawah Seksyen Sumber Manusia telah mengadakan Taklimat Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal pada hari Sabtu 10 Safar 1448H bersamaan 25hb Julai 2026 bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

Taklimat ini adalah salah satu inisiatif Jabatan Hal Ehwal Syar’iah melalui Unit Tarbiyah Halal, Seksyen Pembangunan Halal, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam mengukuhkan kefahaman mengenai prinsip halal, mendedahkan konsep/ definisi Halalan Thaiyyiban dan seterusnya mendedahkan maksud makanan Halal, Haram dan Syubhah.

Taklimat ini dihadiri oleh warga kakitangan daripada Kementerian ini dan Jabatan-Jabatan dibawahnya