MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM TAHUN 1448H / 2026M BAGI KEMENTERIAN EKONOMI, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI SERTA JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

Khamis, 20 Ogos 2026

Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (KEPI) dan jabatan-jabatan di bawahnya lewat petang tadi mengadakan Majlis Pembukaan Dikir sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1448H bertempat di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong. Majlis pada tahun ini telah dikendalikan oleh Jabatan Perikanan. 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Mohammad Harris bin Brigadier General (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap (Industri), Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

Majlis ini merupakan antara kegiatan keagamaan tahunan yang diungkayahkan bagi menyemai rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam, di samping mengeratkan silaturahim antara warga kementerian, jabatan, ahli takmir dan penduduk setempat.