
SIARAN AKHBAR
MAJLIS MEMPERINGATI NUZUL AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN SERTA JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1445H / 2024M
Hari Isnin, 21hb. Ramadhan 1445H bersamaan 01hb. April 2024M
Bandar Seri Begawan – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) serta Jabatan-Jabatan di bawahnya pada pagi tadi telah mengadakan Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada Anak-Anak Yatim bagi tahun 1445H / 2024M bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir ialah Yang Mulia Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah An-Nisa ayat 36 hingga ayat 40 yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Darwish bin Hamdan, pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ceramah Khas bertajuk: “Al-Quran Pedomanku” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Hj Awang Muhammad Najib bin Hj Awang, Pegawai Perkembangan Ugama Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis diteruskan dengan penyampaian derma oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kepada seramai 53 orang anak-anak yatim, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang juga dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Hj Awang Muhammad Najib bin Hj Awang.
Majlis seumpana ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya yang diadakan pada setiap tahun di bulan Ramadhan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang Mubarak disamping mendapatkan ganjaran pahala keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
/TAMAT
Dikeluarkan oleh:
Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
01hb. April 2024M
