MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN TAHUN 1445H / 2024M KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN
Hari Rabu, 9 Ramadhan 1445H bersamaan 20 Mac 2024M
Masjid Jefri Bolkiah, Kampong Batong
Negara Brunei Darussalam
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran Sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1445H bersamaan 2024M yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Kemajuan Pelancongan. Majlis diadakan pada hari Rabu, 20 Mac 2024M bersamaan 9 Ramadhan 1445H bertempat di Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir di Majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya. Turut hadir juga Takmir Masjid, Pemangku Ketua Kampung serta penduduk Kampung Batong.
Majlis didahului dengan penyerahan sumbangan wakaf dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang berupa peralatan-peralatan keperluan Masjid kepada Ketua Imam Masjid, Yang Mulia Imam Mohammad Shahdon bin Awang Damit, seterusnya bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai. Majlis disudahi dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah.
Majlis Tadarus Al-Quran ini merupakan antara kegiatan keagamaan tahunan yang diadakan pada setiap tahun dalam bulan Ramadhan yang diungkayahkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. Majlis ini juga bertujuan bagi mengeratkan sillaturrahim di antara para Pegawai dan Kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping itu bagi mendapatkan keberkatan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
/TAMAT
Dikeluarkan oleh:
Jabatan Pertanian dan Agrimakanan
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Tarikh: 20 Mac 2023
