MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-80 TAHUN

5 Safar 1448 | 20 Julai 2026

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-80 tahun, yang bertempat di Dewan Setia Pahlawan, KEPI.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, Doa Khas sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun, bacaan surah Yaasin dan seterusnya diakhiri dengan Sembahyang Asar berjemaah.

/TAMAT